Saturday 20 July 2013

Awas Muhyiddin. Command Centre Bukan Tempat Pesta Menjilat. Majoriti 4,000 Hanya Mimpi.

12 Julai 2013 secara rasminya nama calon pilihanraya kecil N.01 Dun Kuala Besut telah diumumkan oleh SPR. Secara rasminya juga pertandingan dalam PRK sulung ini menemukan calon Barisan Nasional Tengku Zaihan dengan calon PAS Endut@Azlan.


Kami tidak berminat untuk berbicara soal calon dan proses pilihanraya yang menjadi tanggungjawab SPR sekian lamanya. Kalaupun kami berbicara lebih soal proses pilihanraya dan calon, ianya belum tentu dapat membantu BN mendapat kemenangan dalam PRK sulung ini.

Apapun, kami tetap berdoa yang BN akan peroleh kemenangan yang selesa menjelang hari buang undi tidak berapa lama lagi. Apa yang perlu menjadikan perkara utama jentera BN, ikhlaslah dalam melaksanakan tugas bukanya lebih kepada mengampu sepanjang kempen PRK ini.

UMNO Barisan Nasional perlu sedar bahawa nyawa kerajaan BN di Terengganu bagaikan telur dihujung tanduk. Jarang benar kita dapat lihat kalau telur jatuh ke lantai dari tempat yang tinggi telur tersebut masih dalam keadaan elok serba lengkap. Apa yang pasti telur itu kemungkinan akan pecah dan berkecai.

Kita tidak mahu BN Terengganu hanya dapat menjadi kerajaan sekitar 3 bulan selepas PRU13. Apakah nasib BN Terengganu akan berubah pada 24 Julai ini semuanya bergantung kepada jentera Barisan Nasional yang sedang berkampung di Command Centre Bukit Kluang Besut.

Kami sudah mendapat khabar dari Bukit Kluang yang Command Center BN kini menjadi tempat pertemuan dan sembang gelak tawa dikalangan pemimpin BN. Tempat yang sepatutnya dijadikan pusat menganalisa isu, menyusun propaganda dan menggerakan jentera kadang-kadang sudah bertukar menjadi medan mengampu dan menjilat pemimpin.

Hakikatnya, inilah juga yang pernah berlaku setiap kali Pilihanraya Kecil di mana-mana sebelum ini. Pemimpin kecil akan menjilat pemimpin besar, Ketua agensi akan mengampu menteri dan seterusnya. Masing-masing mahu dilihat seolah-olah mereka hadir menjalankan kerja tetapi realitinya lebih banyak bercakap daripada bertindak.

Mereka yang berada di command centre ini seolah-olah merasakan yang BN Terengganu menang 2/3 sewaktu PRU13. Kalah atau menang PRK ini tidak penting bagi mereka barangkali, bercakap tentang pemilihan parti UMNO lebih seronok bila berada di Besut.

Bersantai di tepi pantai Kluang sambil berbicara soal siapa akan lawan siapa waktu PAU nanti dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa terasa bagaikan mereka berada di syurga. Sekali sekala mereka mahu berlagak seperti orang kaya di Besut.

PRK Kuala Besut bertambah menarik bila ada sumber berkata pihak media seperti blogger dan facebooker pro BN telah bergaduh sesama sendiri di command centre. Apakah pergaduhan itu semua berpunca dari wang? Nampaknya, dari segi pengamal media BN pun perlu ada skil atau sikap mengampu pemimpin. Siapa yang pandai mengampu, maka dialah bakal makan besar. AAKJ antara watak utama dalam pergaduhan yang berlaku di Command Centre baru-baru ini.

Bercakap soal menang atau kalah BN di PRK Kuala Besut ini, semuanya bakal terjawab pada 24 Julai nanti. Secara kasar melalui pemantauan kami yang berkampung selama 3 hari sehingga hari ini, BN akan menang dengan mudah namun majoriti 4000 yang Idris Jusoh mahukan barangkali hanyalah mimpi yang tidak akan menjadi realiti.

Kegagalan Muhyiddin dan Idris Jusoh dalam mengatur jentera jelas kelihatan. Usaha menghantar UMNO dan agensi dari seluruh negara hanyalah satu perkara yang sia-sia kerana yang hadir lebih suka bertemu rakan-rakan berbanding beramah dengan pengundi Kuala Besut.

Waktu pagi amat susah untuk bertemu jentera luar dalam kawasan Kuala Besut yang berkemungkinan masih tidur kerana penat berjaga malam. Tetapi yang sedihnya berjaga malam bukan kerana bekerja untuk memenangi hati pengundi sebaliknya mencari meggi ketam atau rojak buah berbual kosong dengan kawan-kawan.

Buat Muhyiddin dan Idris Jusoh. Usahlah bermimpi dengan majoriti 4000 yang anda mahukan. Janganlah percaya bulat-bulat dengan laporan yang anda terima dalam mesyuarat di command centre setiap hari jam 9.00 oleh UMNO negeri mahupun pihak agensi. Peratusan laporan tersebut palsu sangatlah tinggi pada hemat kami.




Monday 1 July 2013

Bisikan Buat PM Najib! Antara Gema 1Malaysia Dan PRK Kuala Besut.

Laungan dan Gema "satuuuuuu... Malaysiaaaa.....!!!! Nyilek!


Selepas PRU 13, penulis  tak pasti apakah telinga sudah tuli dan pekak  atau memang suatu realiti sebenar kerana  sudah tidak ada lagi gema dan laungan 1Malaysia yang kedengaran. Apakah benar sudah tiada lagi gema dan laungan itu, atau hanya telinga penulis sahaja yang tidak mendengarnya. harapnya biarlah telinga penulis seorang sahaja yang pekak….!!!

Tapi rupa-rupanya bila bertanya kepada kawan-kawan yang lain, mereka juga sama pekak dengan penulis, kerana mereka juga sudah tidak mendengar laungan "1Malaysiaaa..." dimana-mana dan dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh kerajaan dan BN.



Tiada lagi laungan dan Gema
 "Satuuuu... Malaysiaaaaa..."
HAMBAR!!!!!!!

Lantaran itu sesuatu yang agak menghairankan kerana PM Malaysia masih lagi PM Najib yang sama. Kalau gema Islam Hadari sudah berkubur itu kita faham kerana istilah itu sudah 'mati', Ianya mati pada  hari dan waktu yang sama  dengan penyerahan jawatan PM daripada Pak Lah kepada Najib...tetapi istilah 1Malaysia ini tiba-tiba hilang dan kalau ada pun gemanya hanya kedengaran sayup-sayup di tengah malam seakan-akan  salakan anjing yang nampak hantu berkeliaran sahaja, itu yang kita tidak faham kerana PM belum lagi bertukar....

Itulah realitinya sekarang. Kini sama ada kita sedar atau tidak, 1Malaysia tidak lagi menjadi lafaz yg diratib oleh pimpinan kerajaan dan BN dalam mana-mana majlis dan perjumpaan. Tiada lagi gema "Salam..1Malaysia" selepas salam pembukaan majlis dan PM Najib sendiri sudah agak kecut "telor" dan lidahnya menjadi pelat untuk menyebutnya tidak seperti sebelum PRU 13.

Kenapa jadi demikian? Apakah itu memberi petanda 1Malaysia sebenarnya gagal? Atau selepas selepas PRU ini 1Malaysia harus bertukar menjadi istilah lain yang sedang difikir oleh PM Najib di Tanzania???


Kalau gagal kenapa? Mana ukuran kejayaan 1 Malaysia? Apa  KPI agensi yg sebelum ini diberi mandat sebagai 'salesman' 1Malaysia?Ukuran pertambahan kerusi yg dimenangi oleh UMNO dlm PRU bukanlah satu ukuran yang tepat kerana orang Melayu sememangnya tanpa ada 1Malaysia tetap menyokong BN!


Khabarnya agensi BTN lah yang mendapat mandat dengan peruntukan “unlimited” untuk menjual 1Malaysia yang hasilnya semua tahu bahawa ke longkang dan ke jamban lah 1Malaysia yang dijual oleh BTN!

Kalau ukuran  kejayaannya berasaskan sokongan dan penerimaan bukan melayu, maka amat jelas bahawa agensi BTN telah gagal melaksanakan arahan PM Najib. Lantaran itu jika ditafsirkan KP BTN sebagai CEO syarikat, CEO ini telah gagal dan  sepatutnya KP BTN sebagai ceo syarikat perlu bertanggungjawab dan meletakkan jawatan kerana telah menghabiskan jutaan duit rakyat dalam pelaburan yang sia-sia...

Apatah lagi kini agensi yang diberi mandat itu  sekarang sudah tidak lagi berani menyebut pun 1Malaysia malah dikhabarkan sedang merangka program lain yg tak ada  kaitan langsung dgn 1Malaysia. Tak kan semudah itu melepas tanggungjawab. Tanpa rasa malu dan bersalah terus memimpin BTN kemudian melupakan 1Malaysia…..

Atau memang  benar istilah 1Malaysia ini hanya istilah politik untuk mendapat sokongan undi dalam PRU 13 sahaja tanpa ada sedikit pun rasa jujur kerajaan PM Najib untuk mewujudkan keadilan sosial kepada rakyat atas semangat kebersamaan sebagaimana matlamat dan harapan ayahanda PM dulu? Atau sebenarnya istilah 1Malaysia ini hanya slogan dan perangkap untuk orang Melayu menyerahkan segala-galanya hak yang digalas  kepada orang cina, tanpa perlu orang cina  korbankan sedikit pun hak mereka untuk orang melayu?

Kalau itu sebenarnya maksud tersirat dan perancangan dalaman, atau dengan kata lain  1Malaysia adalah istilah 'dummy' untuk menghalalkan kerajaan PM Najib menyerahkan sebahagian daripada keadilan ini untuk orang cina....maka ianya adalah istilah yang berjaya malah amat cemerlang!. Untuk melihat dengan lebih dekat, cuba senaraikan apa yang orang cina tidak dapat daripada istilah 1Malaysia dan apa yang orang melayu dapat dari istilah ini……tahniah kepada PM Najib dan penasihatnya...

Istilah 1Malaysia telah berjaya mengaburkan pemikiran orang melayu. Istilah ini telah berjaya melangkaui tafsiran perlembagaan tentang hak dan kedudukan orang Cina Kiasau, kedudukan orang Melayu mundur, Bumiputra dan kedudukan anak negeri Sabah dan Sarawak…demi 1Malaysia kerajaan PM Najib telah berjaya memberi apa yang tak boleh diberi dalam perlembagaan kepada bukan melayu.

Malah agihan cup kek ekonomi kepada org melayu juga tanpa sedar atas nama 1 Malaysia, PM najib telah mengambil kek milik melayu itu untuk diberi kan kepada bukan melayu. Mungkin bagi PM Najib, kek bukan makanan orang Melayu. Melayu hanya makan lemang dan sambal belacan. Tak mengapa kerana itulah 1Malaysia maa... 

Pejuang UMNO yang berhempas pulas
menentang Anwar, apa kata anda?
Sebab itulah istilah ini perlu terus hidup dan gemanya perlu terus di dengar, jangan kuburkan lagi kerana PM Najib masih ada sebagai PM, masih banyak tanah rezab Melayu yang ada dan bersedia ditukarkan status kepada “pegangan bebas” masih banyak peluang dan projek pembangunan yang sedang dirancang yang boleh diberi kepada cina kerana projek yang besar hanya mampu dibuat oleh orang cina... jika gema 1 Malaysia tidak ada, PM sukar mencari alasan untuk berikan kepada cina, bangsa yang tertindas dalam negara kita, bangsa yg telah berkorban tinggalkan negara mereka untuk melawan penjajah dalam negara kita, hanya 1 Malaysia boleh mengangkat mereka menjadi wira, hanya 1 Malaysia yang akan memenangkan PM najib jika bertanding di parlimen Bukit Bintang dalam PRU 14 nanti….

Begitu juga untuk memastikan kemenangan besar PRK Kuala Besut, PRK pertama selepas PRU. Jika  gema 1Malaysia sudah tidak kedengaran kita bimbang PRK ini BN akan kalah. Faktor kemenangan BN di Kuala Besut adalah apabila semua orang faham 1 Malaysia.  

1Malaysia perlu digemakan dengan kuat di Kuala Besut. Perlu turun segera seluruh pegawai agensi BTN untuk jual 1Malaysia..perlu naikan banner 1Malaysia, perlu tampal poster 1Malaysia di setiap bot nelayan kuala besut, perlu ada ceramah anjuran BTN tentang nasib orang melayu yang meningkat secara tiba-tiba dibawah konsep 1Malaysia, perlu edarkan risalah ke pasar pasar kuala besut tentang 1Malaysia dan yang paling baik pujuk orang Melayu Kuala Besut untuk terima calon dari MCA atau GERAKAN biarpun kuala besut adalah kawasan 98% Melayu... sampaikan kepada penduduk kuala besut bahawa “bangsa yg berjaya adalah bangsa yang berjiwa besar” dan sentiasa “think outside the box”. 

Orang Kuala Besut perlu menerima calon bukan melayu sebagai ADUN mereka walaupun orang Cina di kuala Besut cuma ada 0.10 %.... itulah petunjuk kepada kejayaan 1Malaysia...


Medan Penjilat PM menunjukkan skill jilatan mereka
Buatlah gerakan segera dengan membawa orang Cina seramai mungkin untuk memajukan Kuala Besut, jadikan pulau perhentian itu sebagai Pulau Redang. Banyak peluang perniagaan yang boleh diberi kepada orang cina di kuala besut. Telah sampai masanya untuk Kuala Besut berjaya, telah sampai masanya Kuala Besut menjadi model dan bukti  kejayaan 1 Malaysia. (porah...!!!!.)

Sebab itu amat penting PRK Kuala Besut ini dijadikan  medan untuk menghidupkan semula gema 1Malaysia yang makin hilang .....jangan sesekali kita biarkan istilah ini hilang....jangan kuburkan saat PM Najib masih ada, saat Idris Jala, Omar Ong, Tony Frenandes, dan semua pencipta formula ini masih ada, saat BTN masih ada....jangan kuburkan...tolonglah!!!. PM pasti akan bawa Idris Jala, Omar Ong, Tony Fernandez, Shalan Ismail, Raja Arif dan ramai lagi untuk melawat dan singgah di Kuala Besut dan ceritakan nasib orang Kuala Besut akan terbela dan Kuala Besut akan pasti menjadi model untuk melihat semangat 1Malaysia

Kita percaya, sekembalinya PM Najib dari Tanzania, beliau akan dilaporkan tentang PRK Kuala Besut dan laporan yang diterima bukan dari pengerusi Badan Perhubungan dan Ketua Bahagian, tetapi banyak  laporan daripada orang kanan PM Najib yang telah turun berbondong-bondong kononnya membawa bersama kepakaran masing-masing...itu belum lagi pasukan yang mewakili penasihat PM Najib. 

Pasti ada team dari Idris Jala, Omar Ong yang akan menasihat dari sudut program ekonomi untuk memenangkan BN, manakala Shalan, Raja arif dan lain-lain orang ABIM yang menasihat dari sudut agama (kerana orang Abim dikaca mata PM amat mahir agama lebih daripada orang Islam yang lain), penasihat politik yangg turun untuk melihat bagaimana PRK ini penting  untuk mengukuhkan kedudukan PM menjelang PAU bulan September. Jadi kesimpulannya PM Najib akan dengar banyak pandangan untuk kemenangan BN di Kuala Besut.

Namun pada pengamatan penulis untuk kemenangan PRK Kuala Besut ini cukup mudah. Terangkanlah dengan nada bersungguh-sungguh tentang 1 Malaysia dan slogan “cina didahulukan, melayu dilupakan”. Manakala yang kedua tanpa perlu berceramah dan berleter panjang, cukup  dengan menaikan gambar PM dgn Anwar bergelak bersama di parlimen sebagai bahan psywar paling berkesan. Kita biarkan gambar bercerita...cetak sebanyak mungkin gambar itu dan edarkan di setiap rumah orang Melayu dan Umno....pasti BN akan menang kerana orang melayu dan umno akan tahu perkara sebenarnya.

Apakah 2 org melayu ini berpakat dgn menggunakan
istilah 1Malaysia utk gadai hak org melayu kpd cina
Betapa selama ini mereka yang diasuh dengan segala macam pengkianatan oleh Anwar yang bertindak apa juga kaedah dgn bantuan asing untuk mengkhianati negara, menjual maruah agama, mempunyai pelbagai kes moral yang menjadikan orang melayu jijik untuk duduk bersama, orang melayu merasa loya menatap wajahnya, rupa-rupanya kepada PM Najib tidak ada masalah bahkan boleh makan dan bergelak bersama . 

Malah jauh disudut hati pasti PM Najib rasa anwar Ibrahim sebenarnya lebih layak jadi PM bukan dia..Oleh sebab itu gambar PM itu perlu dicetak dalam bentuk billboard di kuala besut, dalam bentuk banner di semua simpang dan minta BTN sampaikan dalam ceramah OPS1M mereka bahawa PM Najib dan Anwar sememangnya tidak ada masalah, hanya rakyat dibawah sahaja yang tidak suka, maka orang kuala besut perlu buang rasa marah dan benci pada anwar sebagaimana kata-kata  KP agensi BTN dlm ceramah beliau supaya jangan sentuh dan sebut nama Anwar, kita perlu faham konsep 1Malaysia yang PM Najib nak bawa.




Maka KINI FAHAMLAH RAKYAT APA AGENDA  DAN KENAPA GAMBAR BERBICARA. Lantaran itu cerita yang melibatkan YUSUF KALLA dan PERTEMUAN DAN SURAT PERJANJIAN JUGA SEHARUSNYA MENJADI TANDA TANYA.

Cash is king

KEPADA PM NAJIB, UNTUKK PRK KUALA BESUT INI BUATLAH APA PUN, RAKYAT TELAH FAHAM 1MALAYSIA, RAKYAT TELAH FAHAM MESEJ DARIPADA GAMBAR BERSAMA ANWAR DAN RAKYAT TELAH FAHAM CERITA YUSUSF KALLA. OLEH ITU JANGAN LAH BIMBANG DENGAN PRK INI…PM NAJIB BOLEH TIDUR LENA DAN BERGELAK KETAWALAH DENGAN PENASIHAT YANG ADA BERSAMA SEPANJANG MASA. DALAM MASA YANG SAMA PM NAJIB PERLU TERUS BERPEGANG KEPADA ISTILAH YANG TELAH DIBERIKAN OLEH PENASIHAT-PENASIHAT YANG HEBAT BAHAWA “CASH IS KING”. Pengundi Kuala Besut yang jumlahnya lebih kurang 18,000 orang itu berapalah sangat jumlahnya…….