Tuesday, 18 June 2013

Penjawat Awam Liabiliti Terbesar Buat Najib Razak.

Kehangatan bahang PRU13 telah pun semakin kendur. Di pihak kerajaan yang memerintah, mereka meneruskan agenda untuk membangunkan negara Malaysia melalui pelbagai agenda tranformasi nasional. Bagi pihak pembangkang, susun atur strategi bagi PRU14 telah pun dilakukan disamping memerintah beberapa buah negeri yang mereka tawan.  

Agenda transformasi nasional yang dibawa oleh kepimpinan Najib Razak dan rakan-rakan dilihat satu perkara yang baik. Usaha ini jika dilakukan dengan jujur, sudah pasti tempoh 7 tahun untuk Malaysia mengejar status negara maju pada tahun 2020 bukanlah satu perkara yang mustahil.

Namun secara realitinya, apakah agenda transformasi ini disambut baik oleh semua pihak yang mempunyai peranan masing-masing dalam mempercepatkan dasar ini menjadi kenyataan?

GTP, ETP, PTP, DTP dan beberapa perkara lagi yang menjadi fokus utama kerajaan adalah tools atau alat bagi membantu cita-cita kerajaan tercapai. Tetapi untuk menggerakkan alat tersebut, modal insan yang baik diperlukan bagi memastikan tools tersebut berfungsi dengan sempurna.

Kita tidak mahu terma GTP, ETP, PTP itu hanyalah sekadar perkataan yang sedap disebut dan didengar tetapi hakikatnya, perkara itu cuma indah khabar dari rupa. 

Bila bercakap soal Government Transformation Programe, sudah pasti penjawat awam menjadi fokus utama dalam memastikan ianya benar-benar berjaya. GTP sebagai tools mahupun alat, tetapi yang harus memastikan alat tersebut bergerak lancar, peranan penjawat awam mestilah digunakan secara optimum.

Dasar sahaja cantik tetapi peringkat perlaksanaan oleh manusia hancur ibarat kita membina istana menggunakan tukang membuat reban ayam. Hasilnya kita sendiri boleh bayangkang.

Kami di zon selesa. Selagi kami tidak amalkan rasuah, kami tidak ditangkap di tempat maksiat, kami tidak merompak, kami akan terus kekal makan gaji dan sampai masa kami terima pencen. Apakah kata-kata ini menjadikan penjawat awam bebas untuk bekerja seperti melepaskan batuk ditangga?

Jangan hanya reti minta kebajikan dijaga, tetapi kerja malas.

Jam 8.30 masuk "punch card", jam 9.30 pagi kami ke restoran makan roti canai. Jam 11.00 pagi kembali ke pejabat dan "sign in" akaun facebook. Jam 1.00 tengahari berhenti main facebook. Sekarang waktu rehat, kami ke kedai makan sambil bertemu rakan-rakan sehinggalah jam 3.30 petang. Kemudian kami masuk pejabat dan baca tajuk utama akhbar utusan hinggalah jam 5.30 petang. 5.30 waktu kami balik.

Apakah masih berlaku rutin seharian penjawat awam sedemikian rupa? Tepuk dada tanyalah iman kita. Jika itulah yang berlaku kepada penjawat awam yang sepatutnya merekalah menggalas tugasan untuk menjayakan agenda transformasi nasional, alamatnya GTP,ETP,PTP dan 100 kali P pun semunya hanyalah perkara yang sia-sia.

Tempoh 7 tahun terlalu singkat untuk kepimpinan Najib Razak dan rakan-rakan merealisasikan agenda negara maju pada tahun 2020. Ini pula ditambah dengan liabiliti terpaksa ditanggung oleh mereka seperti penjawat awam kerja acuh tidak acuh.

Penulis sangat yakin, jika dalam tempoh 5 tahun ini Najib Razak gagal buktikan kepada rakyat yang agenda transformasi nasional ini berada ditahap yang baik, Najib Razak akan menerima hukuman yang cukup dasyat pada PRU14.

Biarpun pada dasarnya penjawat awam yang sepatutnya membantu Najib Razak untuk realisasikan misi 2020, tetapi yang bakal menerima bala adalah Najib Razak dan rakan-rakan. Rakyat tidak akan menunding jari pada Ketua Pengarah Jabatan mahupun pegawai ataupun kerani, tetapi "punching bag" adalah Najib Razak dan rakan-rakan.

Apakah Najib Razak perlu berkelakuan seperti guru mengajar kelas fardhu ain dengan membawa rotan memanjat semua jabatan kerajaan untuk pastikan penjawat awam menjalankan tugas dengan baik? Sudah pasti jawapanya tidak.

Orang kampung atau rakyat masih tidak dapat membezakan antara penjawat awam dan kerajaan Barisan Nasional. Tetapi jika penjawat awam tidak menjalankan tugasan mereka dengan sempurna, rakyat akan keluarkan kenyataan "kita TUKAR kerajaan baru". Inilah bala yang bakal dihadapi oleh Najib Razak.

Penjawat awam tidak sepatutnya menjadikan kerjaya yang mereka ada hanyalah sebagai platform untuk mereka digelar VIP ataupun ruang untuk mencari pendapatan semata-mata, tetapi mereka perlu jadikan kerjaya ini sebagai satu tanggungjawab. Kalau kita sebagai guru, biarlah kita didik anak bangsa sehingga mereka benar-benar boleh berjaya. Kalau kita sebagai doktor, biarlah sampai kita menangis jika pesakit kita tidak dapat diselamatkan.

Ketua Jabatan jangan hanya kuat menjilat.

Kita tidak mahu doktor ataupun guru yang hanya melaksanakan tugas mereka disebabkan arahan semata-mata. Begitu juga dengan penjawat awam yang lain.

Najib Razak dan rakan-rakan perlu bekerja keras untuk berhadapan dengan perkara-perkara ini. Modal insan aset yang penting untuk kita kejar status negara maju. Kalaupun kita ada mesin yang hebat, tetapi pengendalinya tidak reti menekan butang, mesin itu bakal menjadi besi buruk yang tidak bernilai. Walaupun kita ada agenda transformasi yang cantik, tetapi pengendali seperti penjawat awam tidak berfungsi, agenda itu akan meninggalkan nama semata-mata.


9 comments:

  1. mantap gilerrr

    ReplyDelete
  2. banyak keje gomen yg buka fb kutuk kerajaan. buka blog kutuk gomen. buka harakah, buka keadilan daily. semua benda yg kerajaan buat dia bangkang. nama je keje kerajaan. staf mcm ni ramai. dia naik pangkat pun sbb bermuka-muka. yg sokong bn tak pula naik pangkat. sbb yg nilai pun hati nya bersarang pakatan. yang duduk tinggi pun pro pakatan. kakitgn gomen dipilih sambil lewa. yg pro pakatan lbh ramai diambil. yang pro bn susah nak masuk keje gomen kenapa?

    ReplyDelete
  3. Sbb kepala yg kt dlm nun pn rmai yg pro pmbangkang..

    ReplyDelete
  4. Pecat jer penjawat awam yang suka mengular. Kalau di Putrajaya, lebai PAS yang kejer gomen selalu lepak kt kedai makan jam 10 pagi sambil kutuk Najib dan Rosmah. Dasar makan gaji buta..

    ReplyDelete
  5. sampai bila kerajaan nak terus2an naikkan pangkat staf yg pro pembangkang? yang pro kerajaan tak pula dipandang. aku ingat lagi masa program pemutihan yang dibuat. kerajaan bagi pada ketua jabatan. yang ketua jabatan tu pulak memang hatinya hardcore pembangkang. semua dia lapor putih. apa nak kata bila pru je semuanya jadi hitam. org yg bertanggungjwb yg buat program pemutihan ni kena ambil tahu siapa yang sokong kerajaan yg perlu diberi kepercayaan utk tentukan hitam kelabu putih staf. bukan main hentam shj. barulah yg naik org yg kuat pegang visi kerajaan. bukan nya boss yg asyik hentam kerajaan tp tak malu pegang jawatan kerajaan.

    ReplyDelete
  6. as salam sye setuju ngan pdgan awk..kerajaan harus pdg serius perkara ini..golongan guru n pensyarah sgt byk yg pro pembangkang..blum lg kita kira gol penjwt awm yg len..bab guna harta kerjaan berfb..berblog ..bertwitter ..utk mengutuk kerajaan sgt gigih diorg ni lakukan tanpa jemu...wlpn diorg tak sdr berdosa guna harta kerajaan utk kegunaan peribadi..
    sye rs cikgu n pensyarah yg pembangkang ni ptt kena tukar..ke kws pendalaman je..kerajaan perlu tegas...yg penjawat awam yg len ptt diturunkan pangkat...biar kita kejam sikit ..janji keamanan n kedaulatan negara terpelihara...

    ReplyDelete
  7. setuju sesangat cadangan sally mcjepun

    ReplyDelete
  8. just imagine ketua pengarah biro tata negara punya anak pun pro pembangkang. dah tu mcm mana nak tarik sokongan kalau kp btn sendiri pun gagal tarik anak dia? logic ke org mcm ni pegang jawatan ketua pengarah btn? cer citer

    ReplyDelete
  9. penjawat awam sekarang memang terlalu mewah dengan gaji dan elaun kalau bezakan dgn para pesara yg dalam kategori pencen 55 tahun dahulu.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang ditinggalkan adalah di bawah tangungjawab anda sendiri. Admin tidak akan bertanggungjawab. Terima kasih.